Rancangan Pengajaran Harian
Tarikh : 20 Mac 2012
Masa : 8.40 – 9.10
Kelas : 4 Alpha
Bilangan murid : 32 orang
Umur Murid : 10 tahun
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Pencemaran Alam Sekitar
Tajuk : Pencemaran Udara
Hasil Pembelajaran : Fokus Utama
8.1 Membina dan menulis perkataan,ayat tunggal, dan
ayat majmuk.
Aras 1(i). Menulis perkataan dan pelbagai jenis
ayat berdasarkan topik yang diberikan.
Fokus Sampingan
4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong dan
menentang sesuatu pendirian dengan memberikan
alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang
dirancang.
Aras 2 (i) Memberi pendapat dengan alasan tentang
sesuatu topik.
Objektif Pelajaran : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat :
i) Menyatakan punca-punca pencemaran udara berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
ii) Memberi pendapat dengan alasan daripada gambar yang diberi.
iii) Menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberi.
11
Sistem bahasa : i) Tatabahasa – ayat tunggal, ayat majmuk
ii) Sebutan dan intonasi – membaca ayat dengan
sebutan dan intonasi yang betul
iii) Kosa kata – tercemar, asap, pernafasan, kebakaran,
jerebu
Pengisian Kurikulum : i) Ilmu – Kajian Tempatan, Pendidikan alam Sekitar
ii) Nilai – bekerjasama, tanggungjawab, menghargai
alam, bertolak ansur, bersyukur
iii) Kemahiran Bernilai Tambah
a) Kemahiran Berfikir – membuat inferens, mengenal pasti sebab dan akibat, menjana idea
b) Pembelajaran Kontekstual – pengalaman membakar sampah
c) Kecerdasan Pelbagai – mencatat nota
Bahan Bantu mengajar : Gambar, pita rakaman, kad imbasan, manila kad, pen
marker, kertas A4 (dibahagi 4)
Pengetahuan Sedia Ada :
i. Murid pernah melihat pencemaran udara yang berpunca
daripada asap kereta, sampah yang dibakar, asap daripada
kilang dll
ii. Murid dapat menerangkan suasana udara yang
tercemar